Notis Privasi
Tarikh kuat kuasa: May 05, 2026
1. Terma Umum dan Skop Notis Privasi ini
Integrity ialah sebuah organisasi global yang mempunyai beberapa entiti dalam kumpulannya yang ditubuhkan di Indonesia, Malaysia, dan Thailand (“Integrity”, “kami”, “milik kami”).
Notis Privasi ini menerangkan komitmen Integrity untuk menghormati dan melindungi semua Subjek Data, Data Peribadi, dan maklumat.
Notis Privasi ini meliputi data yang diproses seperti berikut:
- Laman web https://www.investigation-asia.com/ dan laman-laman terbitannya (disebut Laman Web)
- Komunikasi melalui “Hubungi Kami” atau “perbualan langsung” (“Sokongan Pelanggan”)
Notis Privasi ini bertujuan untuk memberikan ketelusan tentang pemprosesan data pada Laman Web dan Sokongan Pelanggan kepada mana-mana pihak, termasuk bakal pelanggan dan pelanggan yang sedia ada (“anda” atau “milik anda” atau “Subjek Data”).
Notis Privasi ini ialah salah satu daripada beberapa kenyataan privasi yang kami keluarkan. Bagi memenuhi keperluan undang-undang dan prinsip ketelusan, Integrity boleh mengeluarkan Notis Privasi tambahan kepada Subjek Data secara terus untuk pemprosesan spesifik jika diperlukan.
Dengan melayari Laman Web kami, dan berkomunikasi dengan Sokongan Pelanggan kami, anda memahami bahawa kami akan memproses Data Peribadi anda seperti yang dijelaskan dalam Notis Privasi ini. Definisi yang digunakan dalam Notis Privasi ini merujuk kepada definisi yang dijelaskan dalam Terma Perkhidmatan atau Notis Privasi ini.
Notis Privasi ini akan berkuat kuasa setelah anda bersetuju dengan Notis Privasi ini secara eksplisit, sama ada secara nyata atau melalui kaedah yang digariskan dalam notis ini.
2. Jenis Data Peribadi yang Kami Kumpulkan tentang Anda
Untuk memastikan ketelusan berkenaan Data Peribadi yang kami kumpulkan, berikut ialah penerangan dan butiran Data Peribadi yang kami kumpulkan:
- Maklumat Identiti: Nama pertama, nama keluarga, nama syarikat, dan negara asal.
- Maklumat Perhubungan dan Komunikasi: Alamat e-mel, nombor telefon, kepentingan terhadap perkhidmatan, pesanan, dan/atau soalan.
- Data Penggunaan: Maklumat tentang cara Laman Web diakses dan digunakan. Data Penggunaan ini merangkumi maklumat seperti alamat Protokol Internet (IP) komputer anda, jenis pelayar, versi pelayar, halaman Laman Web kami yang telah anda layari, tempoh masa yang diluangkan pada halaman tersebut, pengecam peranti unik, dan data diagnostik yang lain.
- Penjejakan dan Kuki:
Kami mengggunakan kuki dan teknologi penjejakan yang serupa untuk menjejaki aktiviti pada Laman Web kami serta menyimpan maklumat tertentu. Kuki ialah sejenis fail yang menyimpan sejumlah data yang sedikit yang mungkin mengandungi pengecam unik awanama. Kuki dihantar ke pelayar anda dari sebuah laman web dan disimpan dalam peranti anda. Teknologi penjejakan yang digunakan juga termasuk bikon, tag, dan skrip untuk mengumpul dan menjejak maklumat serta untuk menambah baik dan menganalisis Laman Web kami.
Anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menolak semua kuki atau memaklumkan sekiranya kuki dihantar. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menerima kuki, anda mungkin tidak boleh menggunakan sebahagian perkara dalam Laman Web kami. Contoh kuki yang gunakan adalah seperti berikut:
- Kuki Sesi: Kami menggunakan Kuki Sesi untuk mengendalikan Laman Web kami.
- Kuki Keutamaan: Kami menggunakan Kuki Keutamaan untuk mengingati keutamaan dan pelbagai tetapan anda.
- Kuki Keselamatan: Kami menggunakan Kuki Keselamatan untuk tujuan keselamatan.
3. Cara Kami Memperoleh Data Peribadi Anda
Kami mengumpul Data Peribadi anda melalui pelbagai cara, termasuk:
3.1. Secara terus daripada anda
Perkara ini berlaku apabila anda memberikan data anda kepada kami secara terus. Contohnya, apabila anda menghantar maklumat anda melalui bahagian Hubungi Kami pada Laman Web.
3.2. Pemantauan dan Interaksi
Kami mengumpul Data Peribadi anda dengan memantau penggunaan anda pada Laman Web kami, interaksi anda dengan sebarang bahan pemasaran yang kami hantar kepada anda, atau sebarang komunikasi yang dihantar kepada atau yang diterima daripada anda termasuk Sokongan Pelanggan.
4. Tujuan dan Asas Undang-Undang Pemprosesan Data Peribadi
Integrity memproses Data Peribadi bagi tujuan berikut:
4.1. Pesetujuan. Anda dengan ini bersetuju untuk pemprosesan data bagi tujuan berikut:
- Untuk menghantar bahan promosi, surat berita, dan kandungan pemasaran berkaitan perkhidmatan kami.
- Untuk memberikan sokongan pelanggan kepada pelanggan dan bakal pelanggan.
- Untuk menganalisis sejarah interaksi dan maklum balas pengguna untuk kajian pemasaran, penilaian kualiti perkhidmatan, dan pembangunan ciri atau perkhidmatan baharu.
4.2. Kepentingan Sah
- Untuk mengenal pasti, mengesan, dan mencegah penipuan atau kejadian dalam perkhidmatan atau Laman Web kami.
- Untuk menyediakan laporan, analisis, dan pembangunan produk kepada pihak pengurusan.
- Kepentingan sah yang lain.
4.3. Penguatkuasaan Undang-Undang dan Kewajipan Undang-Undang
- Untuk memenuhi kewajipan kami kepada pihak berkuasa kompeten selaras dengan peraturan yang ditetapkan.
5. Akses kepada Data Peribadi
Integrity tidak akan mendedahkan atau memberikan akses kepada data anda melainkan:
5.1. Syarikat yang Bersekutu/yang Berkaitan
Integrity mempunyai syarikat bersekutu, terutamanya di Asia (Indonesia, Malaysia, Thailand), dengan ibu pejabat di Indonesia. Kerjasama antara entiti-entiti ini dan pasukan boleh berlaku. Sebagi contoh, pembangunan, reka bentuk, dan sokongan laman dan aplikasi yang kami gunakan dalam beberapa entiti dijalankan oleh pasukan kami di Indonesia. Oleh yang demikian, pembina dan pasukan sokongan di Indonesia memiliki akses kepada data daripada pelbagai entiti. Aktiviti pengiklanan, pemasaran, dan penjualan juga diselaraskan oleh pasukan di Indonesia walaupun setiap entiti mempunyai pasukan pemasaran dan penjualan tersendiri. Walau bagaimanapun, akses adalah terhad kepada pihak berdasarkan prinsip “perlu tahu” dan “perlu miliki”.
Kami mengamalkan polisi dalaman terikat standard dan klausa kontrak standard pada setiap entiti syarikat.
5.2. Vendor, Perunding, dan Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga yang Lain
Bagi menyediakan perkhidmatan atau pengoperasian kami pada Laman Web ini, kami boleh berkongsi data anda kepada vendor pihak ketiga, penyedia perkhidmatan, subkontraktor, subpemproses, atau ejen yang menjalankan perkhidmatan untuk kami bagi pihak kami. Pihak-pihak ini mungkin memerlukan akses kepada data anda untuk menjalankan kerja mereka, seperti pengesahan, infrastruktur teknologi, perisian, pemprosesan bayaran, analisis data, promosi, pengesanan penipuan, penghantaran e-mel, dan sokongan Subjek Data yang lain.
Kami memastikan bahawa pihak ketiga hanya akan menggunakan Data Peribadi Subjek Data seperti yang diperlukan untuk menyokong penyediaan perkhidmatan. Selain itu, kami memastikan bahawa vendor, perunding, atau pihak ketikga yang lain tertakluk kepada persetujuan terikat bersama kami dan mengamalkan tanggungjawab kerahsiaan atau mempunyai tahap perlindungan yang bersesuaian.
5.3. Kepentingan Vital, Persetujuan dengan Undang-Undangn, dan Hak Undang-Undang
Kami boleh mendedahkan Data Peribadi anda kepada individu, organisasi, entiti, pihak berkuasa kerajaan, atau agensi penguatkuasaan undang-undang yang sah, yang boleh memberikan bukti yang sah kepada kami dan menunjukkan bahawa mereka berkuasa dan/atau dipertanggungjawabkan oleh undang-undang dan/atau pihak berkuasa kompeten yang mengenakan tanggungjawab undang-undang terhadap kami untuk mendedahkan Data Peribadi anda sekiranya perkara tersebut perlu untuk menyiasat, mencegah, atau mengambil tindakan berkaitan potensi pencabulan polisi kami, penipuan yang disyaki, situasi berkaitan potensi ancaman terhadap keselamatan mana-mana individu, aktiviti haram, atau sebagai bukti dalam litigasi yang melibatkan kami.
Kami boleh mendedahkan Data Peribadi anda sekiranya kami diperuntukkan oleh undang-undang untuk berbuat demikian untuk mematuhi undang-undang yang berkaitan, prosiding kehakiman, perintah mahkamah, atau proses undang-undang. Hal ini termasuk menjawab perintah mahkamah atau sepina dan mematuhi keperluan keselamatan nasional atau penguatkuasaan undang-undang seperti yang diminta oleh pihak berkuasa awam.
5.4. Dengan Persetujuan Anda
Kami boleh mendedahkan Data Peribadi anda untuk apa-apa tujuan lain dengan persetujuan anda.
6. Pemindahan Data Rentas Sempadan
Maklumat anda, termasuk Data Peribadi, boleh dipindahkan ke dan disimpan dalam komputer yang berada di luar negeri, wilayah, negara, atau bidang kuasa kerajaan lain yang undang-undang perlindungan datanya mungkin berlainan daripada bidang kuasa anda. Jika anda berada di luar Indonesia, Malaysia, dan Thailand, dan memilih untuk memberikan maklumat kepada kami, sila ambil maklum bahawa kami memindahkan data, termasuk Data Peribadi, ke negara-negara tersebut dan memprosesnya di sana.
Seperti yang dijelaskan dalam seksyen 5.1, Integrity memiliki entiti di beberapa negara, khususnya di Asia (Indonesia, Malaysia, dan Thailand), yang ibu pejabatnya terletak di Indonedia. Kerjasama antara pasukan dalam pelbagai entiti merentas negara yang berbeza boleh berlaku.
Integrity juga boleh menggunakan perkhidmatan pihak ketiga dalam bentuk Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS), Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS), atau Perisian sebagai Perkhidmatan (Saas) dengan infrstruktur utama berkemungkinan terletak di luar kawasan negara anda.
Kami tidak akan memindahkan Data Peribadi anda ke mana-mana organisasi atau negara melainkan kami telah melaksanakan kawalan secukupnya untuk memastikan keselamatan data dan maklumat peribadi anda.
Dengan menyetujui Notis Privasi ini dan menyerahkan maklumat anda, anda memperakui dan bersetuju dengan pemindahan merentas sempadan data anda seperti yang dinyatakan di atas.
7. Pautan ke Laman Lain
Laman Web kami mungkin mempunyai pautan ke laman lain yang tidak dikendalikan oleh kami. Sekiranya anda menekan pautan pihak ketiga, anda akan dibawa ke laman pihak ketiga tersebut. Kami menyarankan agar anda menyemak Dasar Privasi setiap laman yang anda layari.
Kami tiada kawalan terhadap dan tidak bertanggungjawab atas kandungan, dasar privasi, atau amalan mana-mana laman atau perkhidmatan pihak ketiga.
8. Keselamatan
Keselamatan dan privasi data/maklumat adalah keutamaan kami. Kami mengamalkan langkah-langkah teknikal, operasi, dan organisasi untuk memastikan keselamatan dan privasi.
Kami mengekalkan standard yang tinggi bagi keselamatan maklumat. Entiti operasi, pembangunan, dan infrastruktur pusat kami diperakui ISO 27001 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat dan menjalankan audit dalaman dan luaran secara berkala. Semua entiti berkaitan mengikuti kerangka Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ini.
9. Analisis
Kami boleh menggunakan penyedia perkhidmatan pihak ketiga seperti Google Analytics untuk memantau dan menganalisis penggunaan Laman Web kami. Google Analytics ialah sebuah perkhidmatan analitik web. Sila baca terma perkhidmatan untuk Google Analytics di sini: https://www.google.com/analytics/terms/
10. Privasi Kanak-Kanak di Bawah Umur
Laman Web atau Sokongan Pelanggan kami tidak ditujukan kepada sesiapa sahaja yang berumur di bawah 18 tahun (Kanak-Kanak di Bawah Umur). Kami tidak mengumpul Data Peribadi secara sengaja daripada sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga. Sekiranya anda ialah ibu bapa atau penjaga dan mempercayai bahawa anak anda telah memberikan Data Peribadi kepada kami, sila hubungi kami. Sekiranya kami menyedari bahawa kami telah mengumpu data Peribadi daripada Kanak-Kanak di Bawah Umur tanpa pengesahan kebenaran ibu bapa, kami akan mengambil langkah untuk memadamkan maklumat tersebut daripada pelayan kami.
11. Hak-Hak Subjek Data
Kami memperakui dan akan memenuhi hak-hak anda berkaitan Data Peribadi selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan, seperti: a) hak untuk menarik balik keizinan; b) hak untuk mendapat akses; c) hak untuk pembetulan; d) hak untuk pemadaman.
Untuk menggunakan mana-mana hak ini atau sekiranya anda mempunyai soalan berkaitan pemprosesan Data Peribadi anda, sila e-mel kami di dpo@integrity-asia.com. Sila ambil maklum bahawa mungkin terdapat pengecualian dan had tertentu untuk hak-hak ini seperti yang dibenarkan oleh undang-undang perlindungan data yang berkaitan. Kami akan melayani permintaan anda selaras dengan keperluan undang-undang yang berkaitan.
Sekiranya anda tidak lagi ingin menerima surat berita, ringkasan e-mel atau komunikasi yang serupa daripada kami, anda boleh membatalkan langganan dengan menekan “Unsubscribe”, atau anda boleh hubungi kami di info@integrity-asia.com.
12. Semakan dan Pindaan
Kami mempunyai hak untuk menyemak dan mengubah Notis Privasi ini dari semasa-semasa untuk memastikan bahawa peruntukan Notis Privasi ini kekal sejajar dengan perkembangan perkhidmatan kami pada masa hadapan dan/atau sekiranya berlaku perubahan pada undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Anda memahami dan bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk menyemak Notis Privasi ini secara berkala untuk memperoleh maklumat yang terkini berkaitan Notis Privasi ini dari semasa ke semasa.
13. Perhubungan dan Pemberitahuan
Setiap notis daripada kami yang ditujukan kepada anda atau Subjek Data akan diumumkan melalui Laman Web atau dihantar melalui e-mel.
Setiap notis bertulis daripada kami yang ditujukan kepada anda berkaitan kegagalan melindungi Data Peribadi anda yang berlaku dalam sistem Integrity dan/atau sistem Pihak Ketiga yang bekerjasama dengan kami akan dihantar melalui e-mel selewat-lewatnya 72 jam bermula dari kegagalan tersebut diketahui oleh kami. Sekiranya anda ialah Pengawal Data dan Integrity ialah Pemproses Data, kami akan memaklumkan kepada anda serta merta sekiranya berlaku pelanggaran data. Notis akan dihantar selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan, terutamanya perkara yang berkaitan dengan perlindungan Data Peribadi.
Untuk semua notis daripada anda berkaitan Notis Privasi ini dan Data Peribadi, sila hubungi kami melalui e-mel di dpo@integrity-asia.com.




Tinggalkan Balasan